1. ) http://www.maths-catch.com/index.php?ref=edzwady
















Tetamu

Provided by top career education web portal.

31 March 2010

Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41

No. Kad Pengenalan : 70111806****
Nama Penuh : EDZWADY SHAM BIN ELIAS

Peperiksaan : PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM GRED 41
Kod Peperiksaan : 14KHAS
14SAHS
14INTE

No. Angka Giliran : 0814***
Tempat Peperiksaan : DEWAN SRI NAGASARI,
THE LEGEND RESORT
LOT 1290 MUKIM SUNGAI KARANG
CHERATING, 26080 KUANTAN
PAHANG

Jawatan : 1609 - PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41


PANDUAN PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM GRED 41


Peperiksaan ini mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian 1 dan Bahagian 2.


BAHAGIAN 1 terbahagi kepada 5 seksyen iaitu:


Seksyen A - Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling

Seksyen ini mengukur daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia pada amnya dan Malaysia khasnya. Ia merangkumi pengurusan sumber manusia dan organisasi, perancangan dan pentadbiran sosial/infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/tanah/daerah/tempatan, pengurusan sumber ekonomi/kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan. Tujuan seksyen ini untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia pada amnya dan Malaysia khasnya.

Masa :40 minit
Jumlah soalan :50


Seksyen B - Daya menyelesaikan Masalah

Seksyen ini mengukur Kecekapan calon untuk menyelesaikan masalah menggunakan tiga elemen berikut:-
i. Kemahiran Logik


Elemen ini mengukur kemahiran berfikir serta kemahiran pengaplikasian dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

ii.
Kemahiran Menginterpretasi Data

Elemen ini mengukur kecekapan calon untuk menganalisis data untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

iii.
Konsep Matematik

Konsep matematik yang diukur merangkumi algebra dan geometri. Asas matematik tersebut tidak melebihi sukatan dalam Kertas Matematik tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).

Masa : 45 minit
Jumlah Soalan : 40


Seksyen C - Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Seksyen ini mengukur kefahaman dan pengertian berasaskan 4 petikan karangan yang dikemukakan iaitu 2 dalam Bahasa Melayu dan 2 dalam Bahasa Inggeris. Setiap petikan diikuti dengan 5 soalan.

Masa : 45 minit
Jumlah Soalan : 40



Seksyen D - Esei Bahasa Melayu

Seksyen ini mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Melayu. Penilaian esei adalah berdasarkan pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Masa : 1 jam
Soalan : 3 jawab 1
Panjang Esei : 300 hingga 500 patah perkataan


Seksyen E - Esei Bahasa Inggeris

Seksyen ini mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Pemilihan esei adalah berdasarkan pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Masa : 1 jam
Soalan : 3 jawab 1
Panjang Esei : 200 hingga 300 patah perkataan


Bahagian 2 mengandungi 2 seksyen iaitu:


Seksyen A - Sahsiah Diri

Seksyen ini untuk mengenal pasti profil sahsiah calon. Calon dikehendaki menjawab kesemua soalan dan perlu menjawab dengan jujur tentang diri sendiri.

Masa : 40 minit
Soalan : 200


Seksyen B - Minat
Seksyen ini mengenal pasti kecenderungan calon dari segi bidang kerjaya yang diminati. Calon dikehendaki menjawab kesemua soalan.

Masa : 20 minit
Soalan : 227

Insyaalah akan diusahakan.doa ibubapa, keluarga, teman2 dan diri sendiri sebagai kekuatan untuk mendapat kejayaan..

opismate yg akan bertukar + budak praktikal tamat latihan




22 March 2010

ucapan YDP PIBG SKSK - Mesyuarat Agung

ASSALAMUALAIKUM WBT,

TERLEBIH DAHULU MARILAH KITA MENGUCAPKAN RASA KESYUKURAN KITA KEPADA ALLAH SWT KERANA DENGAN IZIN DAN LIMPAH KURNIANYA, TELAH DAPAT KITA BERKUMPUL PADA PAGI INI UNTUK MESYUARAT AGUNG PIBG SKSK BILANGAN KE 29 . ADALAH WAJAR KITA MENINGKATKAN KESYUKURAN KITA MEMANDANGKAN SEKOLAH KITA INI MASIH BERADA DI DALAM KEADAAN SELAMAT DAN TIDAK DILANDA SEBARANG MASALAH, KHASNYA MASALAH SOSIAL YANG BANYAK MELANDA SEKOLAH-SEKOLAH LAIN. KESELAMATAN YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH SWT INI MENUNTUT SUPAYA KITA LEBIH BERSYUKUR KEPADANYA DAN SAMA-SAMALAH KITA BERDOA AGAR SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KARANG INI AKAN TERUS BERADA DIBAWAH PERLINDUNGAN DAN RAHMAT ALLAH SWT, INSYALLAH.

BAGI PIHAK PIBG SKSK, SAYA SEBAGAI YDP INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT BERMESYUARAT DAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH KEPADA GURU BESAR, GURU-GURU PENOLONG KANAN, GURU-GURU SEKOLAH, KAKITANGAN SEKOLAH, MURID-MURID DARI TAHAP PRA SEKOLAH SEHINGGA TAHUN 6 DAN KEPADA IBUBAPA YANG HADIR PADA PAGI INI. KEPADA GURU-GURU SEKOLAH YANG SEDIA ADA, PIBG MENGUCAPKAN SELAMAT KEMBALI BERTUGAS DAN KEPADA GURU-GURU YANG BARU BERPINDAH KE SEKOLAH INI, PIBG MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG DAN SEMOGA GURU-GURU YANG SEDIA ADA DAN YANG BARU INI DAPAT BERSAMA-SAMA BERGANDING BAHU UNTUK MENDIDIK MURID-MURID SEKOLAH INI. KEPADA GURU-GURU YANG TELAH BERPINDAH, PIBG INGIN MERAKAMKAN RASA PENGHARGAAN DIATAS SEGALA SUMBANGAN DAN USAHA GURU-GURU TERSEBUT KEPADA SEKOLAH DAN PIBG DAN DIUCAPKAN SELAMAT MAJU JAYA DI SEKOLAH BARU MASING-MASING.

HADIRIN DAN HADIRAT SEKELIAN,

TAHUN LEPAS, 2009 ADALAH MERUPAKAN SATU TAHUN YANG PENUH DENGAN KECEMERLANGAN YANG TELAH DICAPAI OLEH SEKOLAH DAN MURID-MURIDNYA. PENCAPAIAN SEKOLAH KHUSUSNYA DI DALAM BIDANG AKADEMIK DAN KO-KURIKULUM AMAT MEMBERANGSANGKAN.
PIBG MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA PELAJAR-PELAJAR DI ATAS PENCAPAIAN MEREKA DAN SYABAS KEPADA GURU-GURU PEMBIMBING YANG TERBABIT MENGAJAR MEREKA INI. TAHNIAH JUGA KEPADA SEKOLAH KERANA TELAH DIANUGERAHKAN ANUGERAH EMAS DIATAS PENINGKATAN YANG CEMERLANG DI DALAM PEPERIKSAAN UPSR PADA TAHUN 2009. INI SEMUA MENUNJUKKAN BAHAWA SEKOLAH INI BERADA DI LANDASAN YANG BAIK DENGAN GURU-GURU DAN KAKITANGAN YANG ‘COMMITTED’ DAN MURID-MURID YANG BERBAKAT. SEMOGA KECEMERLANGAN PENCAPAIAN 2009 AKAN DAPAT DITERUSKAN DAN DIPERBAIKKI PADA TAHUN 2010 INI.


HADIRIN DAN HADIRAT SEKELIAN,

KETIKA KITA DI SUKU SESI PERSEKOLAHAN TAHUN BARU 2010 INI, PELBAGAI CABARAN BAKAL MENANTI DAN PERLU DI HADAPI OLEH SEKOLAH DAN WARGANYA. DARI PERSPEKTIF PIBG, DIANTARA CABARAN TERSEBUT IALAH PENGAJARAN BAHASA INGGERIS DIKALANGAN MURID-MURID. USAHA-USAHA KE ARAH MEMPERKASAKAN PENGUASAAN BAHASA INGGERIS DI KALANGAN MURID-MURID MESTI DIPERTINGKATKAN DAN MENJADI KRITIKAL SEKARANG INI. BEGITU JUGA DENGAN PROGRAM KIA-2M DI MANA PERLAKSANAANNYA BEGITU PENTING UNTUK MEMBOLEHKAN MURID-MURID MEMBACA DAN MENULIS. TIDAK KETINGGALAN JUGA PROGRAM-PROGRAM PENDIDIKAN ISLAM YANG PERLU DIJALANKAN DENGAN BAIK DAN TERATUR AGAR AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN AKAN DAPAT MELAHIRKAN MURID-MURID YANG FAHAM SERBA SEDIKIT MENGENAI SYIAR DAN SYARIAT ISLAM. INSYALLAH PIBG AKAN TERUS MEMBANTU SEKOLAH DAN WARGANYA, DI DALAM KEMAMPUAN PIBG YANG TERHAD, AGAR SEGALA HARAPAN DAN SASARAN SEKOLAH UNTUK TAHUN 2010 INI TERCAPAI.

SAYA JUGA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA IBUBAPA YANG TELAH MEMBAYAR BAYARAN TAMBAHAN DAN SUMBANGAN PIBG UNTUK TAHUN 2010 INI. SAYA TELAH DIFAHAMKAN BAHAWA URUSAN PEMBAYARAN DAN PENDAFTARAN MURID SECARA AMNYA TELAH BERJALAN DENGAN LANCAR DAN PIBG AMAT MENGHARGAI KOMITMEN IBUBAPA KEPADA SEKOLAH DAN PIBG. SEMOGA SEMANGAT INI AKAN BERTERUSAN DEMI KEBAIKAN ANAK-ANAK MURID SEKOLAH INI.

AKHIR KATA SAYA INGIN MENUTUP UCAPAN SAYA INI DENGAN MEMBACA FIRMAN ALLAH DI DALAM AYAT 110 SURAH ALI IMRAN YANG BERMAKSUD:-

“KAMU (WAHAI UMAT MUHAMMAD) ADALAH SEBAIK -BAIK UMAT YANG DILAHIRKAN BAGI (FAEDAH) UMAT MANUSIA (KERANA) KAMU MENYURUH BERBUAT SEGALA PERKARA YANG BAIK DAN MELARANG DARIPADA SEGALA PERKARA YANG BURUK DAN KEJI, SERTA KAMU PULA BERIMAN KEPADA ALLAH (DENGAN SEBENAR -BENARNYA).”

SEKIAN SAYA SUDAHI DENGAN WABILLAHITAUFIQ WALHIDAYAH ASMWBT.

19 March 2010

Melihat orang yang kita sayang pada saat dia tidur.....

Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur. Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur.

Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.


Sekarang, beralihlah. ...Lihatlah ibu anda....Hmm...kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang in ila h yang tiap hari menguruskan keperluan kita.Orang in ila h yang paling rajin mengingatkan dan membeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu... Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya...Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... 'betapa lelahnya..penatnya aku hari ini'. Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah Tak lain adalah KITA.....


Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.

Resaplah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka 'orang-orang terkasih itu' tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ... '

hargai org d cc anda....sebelum terasa kehilangan..

Rahsia Hidung

* Hidung panjang :

Jika pasangan anda memiliki bentuk hidung seperti ini, dia merupakan seorang yang mempunyai personaliti yang kukuh dan berpotensi untuk mempengaruhi orang lain yang berada di sekelilingnya. Dia seorang yang bercita-cita tinggi dan sangat sensitif orangnya. Jadi janganlah anda sengaja ‘mencari pasal’ dengan mereka yang berhidung panjang.
Selain itu, mereka juga mudah membantu dan sangat bermurah hati, hanya pada mereka yang tahu menghargainya! Anda tidak perlu membalas pertolongannya cukup sekadar anda menghargai bantuan yang dihulurkan itu. Mereka yang berhidung panjang juga dipercayai bijak menonjolkan diri dan mudah berjaya dalam perniagaan dan bidang seni.

* Hidung kecil :

Si empunya hidung kecil, mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan berbakat dalam bidang seni. Dia juga suka mengejar sesuatu yang baru dalam kehidupan. Bagi mereka yang berhidung kecil, suka mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan.
Dia juga seorang yang peramah, dan amat mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. Adakalanya sikap mereka sukar diramal dan mereka bersikap kebudak-budakan. Jadi usahlah anda rasa bosan dengan sikap si hidung kecil kerana mereka sememangnya seorang yang manja.
Awas, pemilik si hidung kecil tidak tetap pendirian. Dia juga mudah dipengaruhi oleh orang lain dan bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan, tanpa memikirkan pro dan kontra keputusan tersebut. Ha… bila dah tersilap langkah, tiada gunanya lagi…

* Hidung paruh burung :

“Eh, betullah. Sekali pandang, hidung dia macam paruh burung, nampak macam patahkan!” Mungkin itu yang akan anda perkatakan apabila ternampak seseorang yang mempunyai hidung jenis ini. Ha… jangan tak tahu… mereka yang mempunyai hidung jenis ini ada keistimewaannya. Mereka mempunyai pendirian yang teguh dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain.
Mereka cukup tegas dalam apa jua keadaan, tidak terburu-buru dan menunggu masa yang sesuai sebelum membuat sesuatu tindakan. Pasti ramai yang berminat dengan pemilik si hidung paruh burung ini kerana daya pemikiran mereka cukup imaginatif, kreatif dan bijak, tetapi mereka agak sukar untuk mencari cinta sejati dalam kehidupan mereka.

* Hidung tajam :

Ha… jaga-jaga dengan pemilik si hidung tajam! Mereka ini jenis yang memandang kebendaan. Bagi mereka aset dan wang adalah segala-galanya. Tiada apa lagi yang penting selain dua perkara tersebut. Erm, jangan salah faham, pemilik si hidung tajam ini, bukanlah kaki pisau cucur, mereka mengumpulkan aset dan mencari wang dengan tulang empat kerat mereka dan bukan menumpang kekayaan orang lain. Mereka sanggup bekerja keras demi memastikan kehidupan mereka selesa dan senang.


* Hidung lurus:


Bertuahnya kalau anda berdampingan dengan si pemilik hidung lurus. Ha… mereka ini merupakan seorang yang setia dan adil dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka adalah golongan yang sanggup berkorban demi orang lain berbanding menjaga kepentingan sendiri. Si hidung lurus akan mencari pasangan hidupnya yang juga setia dan tidak menipu. Awas, sekali anda telah menipu si hidung lurus, peratus kepercayaannya kepada anda akan turun ke tahap 0%. Jangan main-main.

* Hidung kembang:

Mereka yang berhidung kembang merupakan seorang yang aktif dan cekap dalam melakukan apa jua kerja. Mereka seorang yang artistik dan suka mempelbagaikan aktiviti seharian mereka. Jika anda ingin meminta pertolongan, carilah pemilik hidung kembang sebab mereka akan membantu anda pada bila-bila masa. Mereka mudah kasihan kepada teman-teman, sehingga tidak sanggup untuk mengecewakan sesiapa.

* Hidung runcing:

Mereka yang berhidung runcing adalah seorang yang lemah-lembut dan amat berdiplomasi. Ha… jangan tak tahu, mereka yang berhidung runcing juga licik orangnya, mereka juga bersikap pentingkan diri sendiri. Satu lagi kelemahan si hidung runcing, mereka mudah terpengaruh dengan apa juga yang dilakukan oleh orang lain. Mood mereka sukar dijangka, jadi janganlah anda melakukan sesuatu yang ‘bodoh’ kerana ia akan menjerat diri anda sendiri.

* Hidung pesek:

Mereka yang memiliki bentuk hidung seperti ini merupakan seorang yang kuat berahsia. Orang yang tidak mengenali pemilik si hidung pesek tidak akan dapat menjangka perasaan mereka dari semasa ke semasa. Mereka juga dikatakan kurang yakin dalam melakukan sesuatu perkara, sedangkan mereka sebenarnya boleh menyelesaikan perkara tersebut dengan baik. Si hidung pesek cukup ramah dan mudah mesra walau dengan sesiapa sahaja. Mereka boleh membuatkan orang lain cukup senang dengan kehadiran mereka.
Erm, apalagi pastikan bentuk hidung pasangan anda agar mudah untuk anda mengenalpasti peribadi atau personalitinya. Selepas ini, tiada lagi alasan untuk anda tidak mengetahui peribadi pasangan anda…


Posted by PakarHowTo on December 14th, 2008

Usah Mengeluh

Ya Allah ! bukalah hikmahmu dan turunkan lah rahmat daripada khazanahmu itu kepada kami, Ya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang . amin..


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216



KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "

- Surah Al-Baqarah ayat 286



KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."

- Surah Al-Imran ayat 139



KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "



KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

- Surah Al-Baqarah ayat 45



KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?

- Surah At-Taubah ayat 111



KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "

- Surah At-Taubah ayat 129



KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

- Surah Yusuf ayat 12



KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

PANTUN MALAS SEMBAHYANG

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang
Berdiri tanpa roh malam siang...

Apasal la aku malas sembahyang
Kerja dah best keluarga pun dah senang
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..

Apasal la aku malas sembahyang
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang
Main bola aku sanggup sampai petang
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang
Pagi kita sihat petang boleh kejang
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang
Siksa neraka cuba la aku bayang
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

10 Wasiat Hassan Al-Banna

1) Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ?dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat? Juga di medan perang. Walaupun? Di saat genting dan cemas.


2) Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan? Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.


3) Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita? Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!


4) Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!


5) Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s.a.w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan? Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!


6) Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.


7) Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita? Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.


8) Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah?mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah- jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat?apabila ada tujuan syarie. -untuk menuntut keadilan apabila dizalimi -untuk menghapuskan kemungkaran -kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan -kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.


9) Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adlah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan?! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.


10) Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana? Sabda Nabi s.a.w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal?" (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret? Tanpa haluan dan noktahnya.

MENGAPA MANUSIA DITIMPA BENCANA?

"Mengapa Manusia Ditimpa Bencana? Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.

2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).

3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.

6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.

8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.

9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.

10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.

11. Apabila arak menjadi minuman biasa.

12. Apabila lelaki memakai sutera.

13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.

14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.

15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat."

Empat yang lebih baik dari empat

i. Rasa malu pada kaum lelaki adalah baik akan tetapi malu kepada kaum wanita adalah lebih baik.

ii. Sikap adil bagi setiap orangadalah baik, akan tetapi sikap adil bagi pemimpin adalah lebih baik.

iii. Taubat orang yang sudah tua adalah baik. Akan tetapi taubat orang yang masih muda adalah lebih baik.

iv. Mempunyai sifat dermawan bagi orang yang kaya adalah baik, akan tetapi dermawan bagi yang fakir adalah lebih baik.


2. Empat yang lebih buruk dari empat.


i. Dosa bagi yang yang masih muda adalah buruk, akan tetapi doa bagi sudah tua lebih buruk.

ii. Sibuk bagi orang bodoh dengan dunia adalah buruk, akan tetapi sibuk
seorang ulama dengan dunia adalah lebih buruk.

iii. Malas untuk melakukan ketaatan bagi semua orang adalah buruk, akan
tetapi malas bagi seorang ulama melakukan ketaatan adalah lebih buruk.

iv.Sombong bagi golongan yang kaya adalah buruk, akan tetapi sombong bagi
golongan yang miskin adalah lebih buruk.



3. Empat perkara yang akan menjadi sempurna kerana Empat perkara.



i. Sempurnanya solat dengan dua sujud sahwi,

ii. Sempurnanya puasa dengan zakat fitrah,

iii. Sempurnanya haji dengan fidyah dan

iv. Sempurnanya iman dan fisalbilillah.



4. Empat macam lautan



i. Lautan hawa adalah lautan dosa. Hawa adalah condong untuk berbuat dosa.

ii. Lautan nafsu adalah lautan keinginan dan kelazatan. Nafsu adalah condong memenuhi segala keinginan syahwat yang berakhir dengan kemaksiatan.

iii. Lautan maut adalah lautan umur. Maut adalah tempat berakhirnya umur.

iv. Lautan kubur adalah lautan kesedihan. Kubur adalah satu tempat kesedihan, disana kita akan mengalami satu al am yang disebut alam barzakh sementara menunggu hari kiamat

18 March 2010

BABAK SELEPAS KEMATIAN

Ada orang menyangka mati itu senang
Apabila mati kita ditanam kemudian jadi tanah habis cerita
Yang susah hanya di dunia, apabila mati selesailah masalah
Orang ini tak pernah belajar,dia anggap mati itu mudah

Padahal kalau tidak ada iman, syariat diabaikan mati sangat menyakitkan
Dia akan menempuh 4 babak yang sangat menakutkan
Kesakitan mati macam pukulan tiga ratus pedang yang tajam
Di dalam kubur pula dipukul dan dibelasah oleh Mungkar Nakir sangat
sakitnya

Makin lama Kiamat lamalah masa menerima azab kubur
Dia diazab tidak ada ringan-ringan
Dipukul dipalu oleh malaikat amat ganasnya
Terpekik terlolong tidak ada siapa yang menolongnya

Di padang Mahsyar diabaikan beratus-ratus tahun
Di dalam keadaan tidak berpakaian
matahari di atas ubun amat panas
Terlontar terbiar macam cacing kepanasan
tiada siapa yang menolongnya

Masing-masing tidak memperduli, masing-masing jaga diri.
Akhir sekali meniti Sirotul Mustaqim,
kemudian berguguranlah ke dalam api
Di dalam Neraka yang panas dirantai dipukul dibelenggu
makan buah zaqum yang panas

Dengan bau busuknya kalau terbau oleh makhluk dunia semuanya mati
Di dalam Neraka kekal abadi tidak diukur oleh masa lagi
Marilah kita insaf dengan cerita ini
marilah kita menyiapkan diri
Agar kita selamat dengan penderitaan yang diceritakan tadi





Hasil Nukilan
Ustaz Ashaari Muhamad

penerbangan terakhir

buat semua penumpang samada yang sudah bersedia ataupun tidak...


MAKLUMAT TENTANG PERJALANAN


· Tempat berlepas : Kehidupan dunia
· Tempoh Perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dalam perut bumi.
· Destinasi : Akhirat
· Masa berlepas : Ketika di datangi Malaikat
· Masa hadir : Ketika dan selepas Nyawa di cabut
· Bentuk tempahan : Tetap, Pasti, dan tidak akan Berubah


SYARAT-SYARAT PERJALANAN



Ditujukan kepada semua penumpang. Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat. Sila perhatikan ketua anda, semua (pilot) yang dikhaskan iaitu Malaikat Maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadis-hadis Rasullullah serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah di rujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.


BARANG MUATAN YANG DI DIBENARKAN



5 meter kain kafan putih
* Kapas Putih yang secukupnya
* Muatan lain yang di pertimbangkan BR> - Amal soleh
- Sedekah jariah
- Anak soleh yang mendoakan ibu bapanya
- Ilmu yang manfaat



PERHATIAN


* Lain-lain muatan yang di tegah adalah tanggungjawab para penumpang. Barangsiapa yang tidak mematuhinya akan di denda.


SAAT DAN WAKTU BERLEPAS


* Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket, pasport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap-sedia untuk berlepas setiap saat jika tidak
mahu sebarang kesusahan.


DIULANG


* Tempahan perjalanan adalah sesuatu yang tetap dan pasti, yang tidak perlu
diingatkan lagi. Tapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka
kami menulis untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang
sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih kepada semua kerana memberi
peluang terhadap kami untuk menabur khidmat sepada anda semua. Semoga
bergembira dengan perjalanan yang menarik,sesuai dengan firman ALLAH surah
Al-Kahfi; Ertinya : " Barang siapa mengharap perjumpaan yang baik dengan
Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik, Janganlah pula
mensyirikkan ALLAH dengan sesuatu "

SEKIAN


KaWaN² DaH BeRsEdIa UnTuK PeNeRbAnGaN TeRaKhIr?"

Jika aku jatuh cinta

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta
yang alpa.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar hatiku tidak
berpaling pada dari-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan Mu.

Kos upah antara ibu dan anak

Seorang anak mendapatkan ibunya yang menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00

=Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang sama ditulisnya.

6 PERKARA ALLAH SEMBUNYIKAN

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail
as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua
sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat
jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya
dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud
kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Tanda2 sebelum mati

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari
oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan
mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung
rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya
seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan
mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi
mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini
akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak
diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal
kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk
memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan
yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan
berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang
letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun
tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula
mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya
sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung
seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut
nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah
kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 Hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi
kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut
kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang
yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari
bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk
ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 Hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah
belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat
untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian
pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini
hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Isi Khutbah terakhir Rasulullah SAW

Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan

Rahsia Perwatakan Disebalik Kuku

Copy

Rahsia Perwatakan Melalui Bentuk Kuku, Bentuk kuku kita memiliki makna yang berbeza. Bagaimanakah bentuk kuku kawan baik, pasangan atau diri anda? Kenalilah wataknya...

1. Kuku yang baik, rapi dan indah :
Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya. Bentuk kuku seperti ini jarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan kuat.

2. Bentuk kuku pendek tetapi lebar :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sikap yang praktis dan cekap dalam ilmu, otaknya cerdas dan ingatannya tajam. orang yang memiliki kuku yang seperti ini sukakan muzik dan lagu.

3. Bentuk kuku yang agak panjang dan berwarna pucat :
Menunjukkan orang tersebut terlalu banyak rancangan dan cakap, tetapi tidak membuat sebarang kerja sehingga sering mengelamun melayani perasaan. Ia juga agak malas dan kalau ia melakukan sebarang kerja sering dalam keadaan ragu-ragu.

4. Bentuk kuku sedang dan warna merah sedikit :
Menunjukkan pemiliknya mempunyai motivasi yang baik dalam pekerjaan, selalu menjaga kebersihan dan memiliki rasa persaudaraan yang tinggi.

5. Bentuk kuku bersegi tetapi rata :
Biasanya orang ini memiliki sifat yang kurang pandai bergaul, sedikit kewibawaan, tidak mudah menjadi kaya dan kurang pengetahuan.

6. Bentuk kuku langsing :
Orang yang memiliki bentuk kuku ini biasanya halus budi pekertinya tetapi sering merasa was-was, mudah ditimpa kesialan dan kurang berwibawa.

7. Bentuk kuku panjang bulat berwarna kuning :
Bentuk kuku seperti ini menandakan pemiliknya orang yang jujur, sabar,pandai , tinggi darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak isterinya.

8. Bentuk kuku runcing kebawah atau seperti biji timun :
Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini sering was-was, bodoh,mudah diserang penyakit, mudah terkejut dan tak kuat bekerja.

9. Bentuk kuku runcing tetapi besar dan tebal :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sifat kerasdengan pendiriannya, sering berpindah randah tempat tinggalnya, suka berjalan jauh dan suka berkahwin atau suka bertukar pasangan hidup.

10. Bentuk kuku bersegibahagian bawah sedikit runcing :
Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini tidak memiliki kewibawaan, bodoh dan kalau bekerja hanya diperingkat rendah sahaja.

11. Bentuk kuku besar dan banyak garisan :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini biasanya akan menjurus pada susah dan sering berdepan dengan bahaya. Tetapi garisan tersebut tidakselama- lamanya kelihatan di kuku. Kalau garis tersebut sudah hilang dankelihatan bersih menandakan orang itu akan memperolehi berkat.

12. Bentuk kuku yang banyak seratnya (serabut) :
Menandakan jika orang tersebut sering ditimpa kesusahan jauh dari sanak keluarga boleh mati disebarang tempat.

13. Bentuk kuku seperti kikir :
Bila seseorang memiliki bentuk kuku seperti ini menandakan kemungkinan orang itu akan memperolehi halangan yang besar atau akan memperolehi bahaya.

14. Kuku yang banyak titik-titiknya dibahagian bawah kelihatan hitam :
Kedudukan kuku seperti ini memberi suatu petanda bahawa orang tersebut dalam situasi bahaya besar yang boleh juga membawa kematiannya.

Apakah petua mudah untuk hidup bahagia itu?

Petuanya ialah, “INGAT 2 Perkara, LUPA 2 Perkara” ;

• INGAT (1)

Ingatlah kebaikan orang kepada kita. Syukur dengan kebaikan yang diterima. Hargai dan ingati selalu.

• LUPA (1)

Lupa-lupakanlah kebaikan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa jua. Jangan diungkit-ungkit. Jangan disebut-sebut.

• INGAT (2)

Ingat-ingatlah keburukan dan kesalahan yang pernah kita lakukan kepada orang lain. Istighfar selalu. Minta maaf pada dia, pohon ampun pada Allah.

• LUPA (2)

Lupa-lupakanlah keburukan dan kesalahan orang lain kepada kita. Walau hati terluka, lupakan sajalah. Maafkan dia.

Kalau dapat amal petua “INGAT 2, LUPA 2″ ni, insyaAllah saya jamin, anda akan dapat hidup lebih bahagia. InsyaAllah, sama-samalah kita amalkan.

17 March 2010

Hikmah Diam

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.

2. Perhiasan tanpa berhias.

3. Kehebatan tanpa kerajaan.

4. Benteng tanpa pagar.

5. Kekayan tanpa meminta maaf kepada orang.

6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.

7. Menutupi segala aib.

Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:

* "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya.Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat ABU NAIM)

* "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat BUKHARI & MUSLIM)

* *"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya".(Riwayat AT-TARMIZI)

Madah Dari Berdiam:

* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.

* MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG.

* KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara2 yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:

Mari Berpantun

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar ?.

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, 'Cash n Carry'?

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti?.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Seluar dalam Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Seluar dalam aku, si pencuri yang sapu, buat lap muak beb

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna merah
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau pas ke, biru putih keadilan ke ?.

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan?..

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya?.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan?

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau?.

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang 'Indah Water'?

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit Mentang-mentanglah saya jatuh
dalam parit?

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat sana?

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap?

Pesanan Luqman Hakim

Pesanan Luqman Hakim kepada anaknya:

Sepanjang hidupku aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para nabi yang lalu iaitu:

1) apabila engkau sedg solat kepada Allah maka jagalah baik-baik fikiranmu.

2) apabila engkau berada dirumah org lain, maka peliharalalah pandanganmu.

3) apabila engkau berada ditengah-tengah majlis maka jagalah lidahmu.

4) apabila engkau hadir di jamuan makan maka jagalah perangaimu.

5) Ingatlah kepada Allah.

6) lupakan baik budimu kepada org lain.

7) lupakan segala kesalahan org lain terhadap dirimu.

8) ingat kepada mati.

16 March 2010

aku dan x boss


En Wan Hafizul bertukar ke Pej Projek Zon Tengah..

sana-sini foto 2