1. ) http://www.maths-catch.com/index.php?ref=edzwady
















Tetamu

Provided by top career education web portal.

01 April 2010

Cara Mengira Tubuh Ideal

Bentuk tubuh ramping bagaikan peragawati itukah yang dikatakan cantik menawan? Walaupun istilah ramping itu subjektif kerana ada yang mempunyai rangka besar dan kecil, tetapi ada ukuran tertentu digunakan untuk menentukan sama ada seseorang itu sudah berada dalam bentuk badan yang ideal atau sebaliknya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan Indeks Jisim Badan (BMI) sebanyak 22 sebagai berat badan unggul (tetapi 23 juga diterima). Ia bukan saja boleh menjadi pengukur kepada keseimbangan berat badan, sebaliknya menjadi penanda aras bagi kekerapan untuk tekanan darah tinggi.

Ini kerana kajian menunjukkan hampir 50 peratus individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi mempunyai BMI melebihi 30. Ada juga individu yang hanya gemar menimbang berat. badan tetapi adakah ia tepat kerana selalu berubah andai ditimbang pada waktu berbeza?

Realitinya penurunan timbangan berat badan yang tidak memudaratkan fungsi tubuh ialah dua hingga empat kilogram setiap bulan saja, Antara panduan yang diberikan untuk menimbang berat badan ialah menimbang menggunakan penimbang yang sama selain kiraan diambil pada waktu sama setiap kali yang mana paling baik ialah seminggu sekali saja.

Sungguh pun begitu, walaupun kiraan timbangan paling asas dijadikan panduan, nisbah ukuran pinggang dan punggung (WHR) adalah paling tepat menentukan bentuk tubuh paling ideal. Panduan berikut boleh digunakan sama ada lelaki atau wanita, untuk mengetahui di mana tahap anda.

Indeks Jisim Badan
Ukuran BMI

a) Cara kiraan BMI ialah membahagikan berat badan dengan ketinggian (dalam meter) ganda dua atau

Berat (kilogram)/[Tinggi (meter) x tinggi (meter)]

b) Untuk lebih tepat, anda boleh mengira sendiri berat badan yang unggul mengikut ketinggian masing-masing. Caranya ialah:

23 x tinggi (meter) x tinggi (meter)

Contoh : Sekiranya ketinggian anda 1.5 meter maka :

Cara kiraannya ialah: 23 x 1.5 x 1.5 = 52.

Ini bermakna bagi individu yang mempunyai ketinggian 1.5 meter, berat badan unggul ialah 52 kilogram.

c) Mengukur ukur lilit pinggang.

Ukur lilit pinggang bagi wanita mestilah tidak melebihi 80 sentimeter (32 inci) dan lelaki pula antara 88 hingga 94 sentimeter (36 hingga 40 inci).

Nisbah ukuran pinggang dan punggung (WHR) adalah kaedah penentu untuk mengetahui bentuk badan baik dan ideal bagi setiap orang. Caranya ialah membahagikan ukuran pinggang dengan punggung yang mana bagi wanita, ukurannya mestilah tidak melebihi 0.8 dan 1.0 bagi lelaki. Sekiranya nisbah WHR melebihi tahap ditentukan di atas, bermakna bentuk badan kurang cantik walaupun BMI anda dalam lingkungan normal.

INFO RINGKAS ALAM SEKITAR

* Tanah Bencah @ Wetland dan Huraiannya
* laman web jabatan alam sekitar
* BAJA KOMPOS: JIMAT, PRAKTIKAL, MENGUNTUNGKAN
* PEMANASAN GLOBAL KIAN SERIUS TUNTUT KEPRIHATINAN WARGA BUMI
* IMPAK ALAM
* KENAPA LAPISAN OZON PENTING
* PERTAHANKAN HUTAN
* GEMPA: MALAYSIA TIDAK TERKECUALI
* PENTINGNYA MENJAGA WARISAN ALAM
* KURANGKAN PENGGUNAAN BOTOL PLASTIK
* KESEPAKATAN PEMIMPIN DUNIA TANGANI IKLIM GLOBAL
* INOVASI PENGURUSAN SAMPAH
* KONSEP BANGUNAN PINTAR MESRA ALAM
* KESAN-KESAN TAUFAN
* PEMBUANGAN SAMPAH SECARA LESTARI
* MENJAGA KEBERSIHAN AIR
* AMALKAN SIKAP CINTAKAN ALAM SEKITAR
* APAKAH KESAN PEMANASAN GLOBAL TERHADAP ARAS LAUTAN
* APAKAH BERLAKU JIKA BONGKAH AIS MENCAIR?
* APAKAH BEZA CUACA DAN IKLIM
* SELAMATKAN BUMI
* WANITA PEMACU KEMPEN ALAM SEKITAR
* PERUBAHAN IKLIM
* Isipadu Air Sungai Menurun
* Berdamai Dengan Bumi
* Tahun Berlaku La Nina
* Perbezaan Antara La Nina Dan El Nino
* Utama Keselamatan Ketika Banjir
* Menangani Bencana Alam Angkara Manusia
* Membina Masyarakat Mesra Alam Sekitar
* Pelestarian Alam Menghindar Bencana
* Apabila Bukit Bukau Ditarah
* Sumber Air Mentah Krisis Masa Hadapan negara?
* Kepentingan Dan Peranan Hutan Tanah Tinggi Secara Umum
* Mineral Untuk Kegunaan Masa Depan

KEJAYAAN ATLET DALAM BIDANG SUKAN

* Azizul Hasni Awang
* Mohd Robani Hasanuddin
* Roslinda Samsu
* Datuk Lee Chong Wei
* Durratun Nasihin Rosli
* Kecemerlangan Sukan Merintis Kegemilangan
* Datuk Nicol Ann David



* Azizul Hasni Awang

PENCAPAIAN



· Juara Acara Keirin dan 200m Pecut di Kejohanan Trek Asia Di Jepun ( 2008 )

· Pemegang Rekod Asia Acara Pecut ( 10.16s ) yang dibuat di Kejohanan Trek Sedunia di Manchester, England

· Anugerah Khas 'Semangat Juang' dan tempat kedua acara berpasukan – Tour de Korea Junior

· Emas – Kejohanan Sport Excel sirkit Cheras

· Emas – Sirkit Lebuh raya Melaka

· Emas dan Perak – Kejohanan Sport Excel sirkit Kangar 2004

· Emas dan Gangsa - Kejohanan Trek Remaja Asia Pasifik di Shanghai

· Gangsa Kejohanan Komanwel Remaja di Australia



ANUGERAH

Anugerah Bintang Sukan TV3


* Mohd Robani Hasanuddin


Pencapaian:

*
Melayakkan diri ke Sukan Asia 2006. Ketika ini pelari ketujuh terbaik Asia
*
2005: Pemenang pingat emas acara 110 meter lari berpagar Sukan Sea Manila dan Terbuka Taiwan

Anugerah:

*
Olahragawan Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) 2005
*
Olahragawan Universiti Putra Malaysia (UPM) 2005
*
Penerima Anugerah Bintang Harapan Lelaki Masum 2001.


* Roslinda Samsu

Pencapaian:

*
2006: Menduduki tempat ke-88 atlit terbaik dunia Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) dalam acara lompat bergalah.
Pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 4.20m yang dicipta di Kejohanan Olahraga Torent Grand Premio, Sepanyol
*
2005: Pemenang pingat emas lompat bergalah wanita Sukan Sea Manila sekali gus memecah rekod Sukan Sea; pemenang pingat gangsa pada Kejohanan Olahraga Asia (ATF) di Incheon, September dengan ketinggian 4.10 meter.
*
2000-2003: Memenangi pingat emas di Kejohanan Olahraga Kebangsaan
*
2001: Perak di Sukan Sea dan Kejohanan Olahraga Remaja Asia 2001


* Datuk Lee Chong Wei

Pencapaian:

*
2006: Juara perseorangan Kejohanan Badminton Asia (ABC); juara perseorangan lelaki dan acara berpasukan campuran Sukan Komanwel; Juara Terbuka Switzerland
*
2005: Juara perseorangan Terbuka Denmark; Juara perseorangan Terbuka Malaysia; Separuh akhir Kejohahan Badminton Dunia di Anaheim
*
2004: Juara Terbuka Malaysia; Juara Terbuka Taiwan; Naib Juara Terbuka Singapura; Suku Akhir Terbuka Indonesia; Suku Akhir Terbuka Korea; Suku Akhir Terbuka Thailand; Pusingan Awal Olimpik Athens; Pusingan Awal Terbuka China; Pusingan Awal Kejuaraan Asia; Pusingan Awal Terbuka Jepun; Perlawanan Akhir Piala Thomas
*
2003: Juara Satelit Luster Malaysia; Pusingan ketiga Terbuka China, Naib juara Satelit India; Suku akhir Terbuka Denmark, Separuh akhir Terbuka Belanda; Naib juara Terbuka Malaysia; Pusingan ketiga Terbuka Indonesia; Pusingan kedua Terbuka Singapura
*
Juara Komanwel 1998
*
Menduduki ranking nombor satu dunia selepas mengetepikan Lin Dan pada 24 Ogos 2008.


* Datuk Nicol Ann David

Pencapaian:

*
1997: Emas berpasukan Sukan Sea Jakarta
*
1998: Juara Asia; Emas Sukan Asia Bangkok
*
1999: Emas individu Sukan Sea Brunei; Juara Remaja Dunia Antwerp, Belgium
*
2000: Juara Terbuka Finland; Juara Terbuka Kuala Lumpur
*
2002: Juara Terbuka Kuala Lumpur; Perak acara beregu campuran bersama Ong Beng Hee di Sukan Komanwel Manchester
*
2005: Juara Terbuka Kuala Lumpur; Juara Terbuka Kuwait; Juara Terbuka Belanda; Juara Terbuka Malaysia; Juara Terbuka Dunia; Juara Terbuka British; Juara Terbuka Caroy Weymuller

Anugerah:

*
Pingat Ahli Mangku Negara (2000)
*
Anugerah Usaha Guinness ke-186 (2001)
*
Pemain Terbaik Asia 2001
*
Dewan Kemasyhuran SportExcel 2002
*
Olahragawati Kebangsaan (2003 & 2005)

Konsep 1 Malaysia ( Penjelasan Mengenai Lapan Nilai 1 Malaysia )

Disediakan Oleh: Bahagian Penerbitan Dasar Negara

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara

1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

‘1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.

Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integiti.

‘1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’

Ekonomi Malaysia Sepintas Lalu

Ekonomi Malaysia Sepintas Lalu dikeluarkan bulanan dengan tujuan untuk memberi gambaran ekonomi negara secara ringkas dalam bentuk jadual dan graf, bagi tahun-tahun terkini. Maklumat yang terkandung dalam penerbitan ini adalah seperti berikut:

*
Kadar Pertumbuhan (KDNK, PNK Per Kapita dan Tabungan Negara Kasar)
*
Imbangan Pembayaran- Akaun Semasa dan Modal & Akaun Kewangan
Hutang Luar Negeri dan Rizab Bersih Antarabangsa
*
Hasil dan Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan
*
Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan Mengikut Peratus dan Komponen
*
Perdagangan Luar Negeri
*
Tenaga Buruh, Guna Tenaga dan Penggangguran
*
Pengeluaran dan Harga Purata Minyak Mentah
*
Pengeluaran dan Harga Purata Getah Mutu Malaysia
*
Pengeluaran dan Harga Purata Minyak Sawit Mentah
Perdagangan Edaran (Keluaran Bermula Mac 2008)
*
Indeks Pengeluaran Perindustrian
*
Indeks Harga Pengguna
*
Indeks Harga Pengeluar
*
Kadar Pertukaran* Ringgit Malaysia

Dasar-Dasar Ekonomi

* Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara
* Dasar Pertanian Negara Ketiga(DPN3)
* Dasar Kependudukan Malaysia Ke Arah 70 Juta Penduduk
* Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam
* Dasar Halacara Baru Dalam Pembangunan Kampung Dan Luar Bandar
* Dasar Penswastaan
* Dasar Pensyarikatan Malaysia
* Dasar Perindustrian Negara
* Dasar Pembangunan Nasional

Dasar luar Malaysia

* AFTA
* ANTARTIKA
* KENALI ASEAN
* KOMENWEL
* KONSEP KAWASAN AMAN, BEBAS DAN BERKECUALI(ZOPFAN)
* NAM
* OIC
* PBB
* PENGENALAN DASAR LUAR NEGARA
* RANCANGAN KERJASAMA TEKNIKAL MALAYSIA

sistem pendidikan

http://pmr.penerangan.gov.my


Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman Pengukuhan

* Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan
* Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama
* Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia
* Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua

Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 - Zaman Kemaskini

* Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira
* Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini
* Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
* Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
* Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
* Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan

Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979

* Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira
* Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini
* Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
* Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
* Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
* Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan

Rang Undang Undang Pendidikan 1995

Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara.

* Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan
* Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun
* Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan
* Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan
* Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta


Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan terdiri daripada:-


(a) Pendidikan Prasekolah

* Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun;

(b) Pendidikan Rendah

* Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hinggah tujuh tahun;
* Ia terdiri daripada Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Jenis Kebangsaan;

(c) Pendidikan Menengah

* Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan Menengah Rendah dan Menengah Atas;
* Pendidikan Menengah yang diadakan terdiri daripada

o Sekolah Akademik

o Sekolah Teknik dan Vokasional

o Sekolah Kebangsaan Agama

(d) Pendidikan Lepas Menengah

* Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi.
* Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagi Sekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah.
* Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan yang ditubuhkan adalah :-

o Sekolah Pendidikan Khas yang ditanggungjawabkan kepada Jabatan Pendidikan Khas.

o Sekolah Sukan yang ditanggungjawabkan kepada Bahagian Sukan.

Falsafah Pendidikan Negara

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.